Monday, November 13, 2006

Pembinaan Item Objektif dan Subjektif

4.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pengenalan

Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau membina item itu sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau jawapan pendek atau melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei yang membenarkan pelajar membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat. Item objektif termasuklah aneka pilihan, betul-salah, padanan dan melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan pendek, jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item ujian pencapaian.

Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan menghadapi kesan emosi iaitu gembira atau risau atau kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul kerana mungkin mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang patut diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin telah pun bersedia dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati. Namun persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item merujuk kepada ketetapan yang telah disandarkan merupakan satu ujian yang agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang telah ditetapkan seseorang pembina item atau soalan boleh merancang dan menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan atau item yang perlu disediakan.

Objektif

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :
• Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar didalam sesuatu matapelajaran
• Membuat padanan item ujian mengikut objektif
• Membina ujian objektif dan ujian esei
• Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar

4.1 Jadual Penentuan Ujian
Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari.
Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980)
“A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" .
Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
Aktiviti
Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut senaraikan beberapa objektif pengajaran yang anda dapat perolehi.
Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan.
4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan:
i. Hasil yang akan diperolehi murid;
ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas sesi pengajaran;
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
iv. Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.
v.
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:
i) Perkara yang masih belum dikuasai murid;
ii) Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran);
iii) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
iv) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian.

Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk piawaian (2) membina spesifikasi ujian (3) membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran, analisa dan pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian, maklumbalas dari ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan pelaporan keputusan. (Hecht, 1974)


4.1.2 Pengertian Jadual Penentuan Ujian


Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan.

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti.

1. merancang ujian
2. menggubal soalan
3. memilih dan menyelaras soalan
4. memprauji soalan
5. memasang kertas soalan


4.1.2.1 Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification).

Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah

(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk
(v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji.

Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama.

1. Paksi Kandungan

- Tajuk
- Subtajuk

2. Paksi Kemahiran

- Aras kemahiran

3. Paksi Wajaran

- Peratusan pemberatan setiap tajuk
- Bilangan soalan


4.1.2.4 Kepentingan Jadual Penentuan Ujian

Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual Penentuan Ujian ialah:

1. Ujian akan dibina secara sistematik.
2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan
kurikulum.
4. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.


Aktiviti

Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu jadual penentuan ujian.




4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif
Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang banyak manakah mereka faham dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Ujian pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri.

Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang dibina oleh guru berkenaan bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi membolehkan kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian yang dibina dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari pelajar atau murid mereka.

Langkah 1. Merekabentuk Ujian

Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.

Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan kepada keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih bermakna.

Langkah 2. Menulis Soalan ujian

Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa yang sama telah menentukan jenis-jenis soalan dan rekabentuk soalan yang akan digunakan, anda mungkin telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan ujian.

Prinsip Am

Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai pilihan (multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank) atau soalan jawapan pendek (short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching) dan soalan esei (essay) dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.

1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.
2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan.
3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran am atau kebijaksaan ujian.
4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil ujian.
5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak betul.
6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal.

Langkah 3 . Semakan Akhir

Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian.

Mentafsir Keputusan Ujian

Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am pembinaan ujian yang telah anda lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang telah anda bina dan seterusnya memastikan bahawa ujian tersebut akan memberi pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira kepelbagaian dalam soalan yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan, anda boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap murid anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah mengetahui keseluruhan skoran ujian dimana anda akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan dengan baik akan dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami sepenuhnya objektif pembelajaran tersebut.

4.1.1 Item Aneka Pilihan
Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan.

1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item.
2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang betul.
3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid yang belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.
5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang dan berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan diberikan.
6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai alternatif.
7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.

Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu :
i) Stimulus
Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.
ii) Stem
Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.
iii) Pilihan/Opsyen
Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi :
a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik
b) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar
4.1.2 Item Benar-Salah
Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu mengenai pernyataan yang diberi.

4.1.3 Item Mengisi Ruang Kosong
Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan, komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah kurang berbanding ujian aneka pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek. Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan alternatif dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian.
Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini menghendaki murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang betul.
Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ?
Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ ,
______________ dan ______________ . ( 3 markah)

4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif
Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.
• Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif kah atau ujian subjektif ?
• Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.

4.2.1 Kata Tugas Item Ujian
Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.
Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan.
Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.

4.2.2 Item Esei Jawapan Terbatas
Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan.
Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah.
Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.
4.2.3 Item Esei Jawapan Terbuka
Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.
Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif.
Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-
a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah
b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.
c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli.
d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.
e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.
Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :-
a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran
b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif
c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’ ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )
d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.

• 1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.
2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian



Rumusan
Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul.
Glosari
Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item aneka-pilihan boleh dijawab dengan cepat anda boleh menilai kemahiran murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini mudah diberi markah. Item aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan.
Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah tinggi, item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada ketika tertentu sahaja.
Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar dalam menyusun, menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa yang sendiri. Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih tekun jika menghadapi ujian esei dari menghadapi ujian anaeka-pilihan; pelajar akan bersedia untuk menumpukan hal dan isu yang lebih luas. Ujian esei juga membolehkan anda memberi komen mengenai pencapaian pelajar, tahap pemikiran dan tahap kefahaman yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan pelajar. Namun ujian esei hanya mampu mempamirkan bilangan soalan yang rendah dan kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak subjektif dan pengredan adalah tidak konsisten.
Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan dan aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa hanya satu jawapan sahaja yang diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan menerangkan jawapan.
Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji perhubungan diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan contoh.
Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek boleh dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis namun agak sukar untuk di skor. Membolehkan anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka.
Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid yang mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan. Lajur senarai carta menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci konsep pengukuran ujian tersebut.

Rujukan :
1. Hale, Gordon et al (December 1980), "Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance," Research Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.
2. ED322060. (1988) Social Studies Grade 8. Blue Prints for Testing Minimum Performance Test Item Specifications.

3.< Hecht, James T. (1974) The Development and Structure of Professional Examinations Planned for National Use.

4. Childs, R.A. (1989) ED315426 .ERIC Clearinghouse on Tests Measurement and Evaluation
Washington DC., American Institutes for Research Washington DC.

5. Notar, Charles et al (2004). The table of specifications: insuring accountability in teacher
made tests. Journal of Instructional Psychology.
Balik Seterusnya

Hakcipta Azizi Publicist 2005-2006

Perdagangan dan keusahawanan:metaliti usahawan

REMAJA
________________________________________
MENTALITI USAHAWAN
RAMAI yang menyedari menjadi usahawan itu merupakan salah satu alternatif kepada jawapan masalah pengangguran yang berlaku. Perubahan iklim perusahaan di negara kita kini semakin ketara, paling tidak di sektor perniagaan kecil-kecilan, kita semakin merasa kehadiran mereka yang datang dari luar semakin mendominasi sektor sedemikian ini. Kegigihan mereka bagaikan menentukan bahawa sektor ini menjanjikan pulangan yang sangat menarik. Lalu timbul persoalan tentang keupayaan kita untuk menyertai mereka. Mahukah kita terutama sekali generasi muda belia kita merubah mentaliti kepada bidang yang rancak diterokai oleh orang luar ini.
Merubah mentaliti kepada sektor perusahaan ini memang suatu hal yang sangat rumit dilakukan, jika tidak mempunyai pengalaman yang luas dan modal yang cukup untuk melakukannya. Namun sampai ke mana kita akan mampu menjadi penonton kepada rancaknya perubahan dan juga keunggulan orang luar dalam memenangi sektor sedemikian. Rasanya sudah tiba masanya untuk generasi kita berperanan bersama dalam mencorakkan perusahaan kecil dan sederhana ini. Ia perlu diterokai oleh kalangan anak tempatan kita, terutama sekali dari mereka kalangan generasi belia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap atau masih lagi belum bekerja. Kekurangan pengalaman dan modal mengorak langkah, jangan dianggap sebagai suatu permulaan yang tidak mengizinkan. Namun, kita perlu menyertai mereka secara bersama-sama agar kita mampu untuk belajar dan menimba pengalaman di bidang usahawaan ini.
Kita perlu menyedari kita mempunyai 'advantage' yang sangat baik, untuk dijadikan pengukur keupayaan kita. Kita faham akan budaya kita sendiri dan juga tahu akan skala keupayaan dan kuasa beli tempatan. Hal ini menjadi 'added value' kepada kita untuk menerokai dengan lebih meluas, sekiranya kita berupaya melakukannya. Generasi belia tidak perlu memikirkan suatu permulaan yang besar, secara kecil-kecilan juga mungkin boleh membantu. Kita perlu berani sama ada mahu menerokai di bidang pemakanan, pakaian, kraf tangan, seni bina dan sebagainya. Kalau kita merujuk semula titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa bertitah menjelang tahun baru Masihi 2006, baginda mahukan kita sebagai satu generasi atau bangsa yang kreatif di pelbagai bidang. Hasrat dan pandangan jauh baginda ini ialah berdasarkan kepada keupayaan kita dan kemampuan untuk mewujudkan sesuatu yang lebih jauh daripada kepompongan jangkaan.
Salah satu bidang misalnya yang perlu ditumpukan ialah bidang urus niaga. Kalau skop yang lebih besar untuk kita terokai mungkin memerlukan sesuatu yang lebih besar disediakan termasuk modal, cara pengurusan, fizikal usaha yang dikendalikan, jaringan kerja dan bermacam lagi. Namun untuk bermula ke arah itu juga ia perlu kepada permulaan yang mengizinkan. Justeru kita perlu mewujudkan daya kreativiti yang tinggi untuk melahirkan suatu bidang usaha yang mampu memberikan pulangan yang lumayan dan menjamin perjalanannya.
Kalau kita melihat kepada beberapa bidang yang pada masa kini semakin tumbuh bagaikan cendawan ialah penjualan makanan 'bawa pulang' yang segera. Harga yang ditawarkan begitu berpatutan namun ia menghasilkan pulangan dan keuntungan yang bukan sedikit. Namun hal sedemikian ini pun rata-rata diungkayahkan oleh orang luar, sedangkan kita mampu untuk menjalankannya tanpa memerlukan modal yang besar dan pengurusannya yang mudah. Di sinilah daya kreatif dan kecekapan diri berperanan dalam menentukan kemampuan kita mengendalikannya. 'Mind-set' sekarang perlu berubah, jangan lagi kita sempitkan dengan asyik melihat dan mencari peluang. Apa yang penting kita sendiri membuka peluang dengan melihat perubahan dan kehendak sekeliling. Menjual nasi bungkus, kuih-muih dan lainnya jika kena cara pengendalian adunan perasa dan sebagainya pasti ia dapat dijadikan pelantar usaha.
Bijak mencipta peluang merupakan salah satu daya kreativiti untuk mewujudkan pengisian waktu lapang, ketika perkerjaan tetap masih dicari. Namun jika perusahaan kecil-kecilan mendatangkan hasil yang lumayan, perluasannya adalah wajar dilakukan. Sebagai generasi yang serba berkeupayaan peluang sedemikian meskipun ia hanya berbentuk kecil-kecilan, namun ia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Justeru mentaliti yang diasuh dan dibentuk dengan penjurusan ke arah ini perlu disemai dengan keberanian, sabar dan gigih berusaha. Bijak dalam menentukan hala tuju jualan dan pasaran juga perlu diambil kira. Sebenarnya hal sedemikian ini merupakan laluan awal bagi mereka yang sudah berjaya dan bertapak dalam dunia perusahaan dan perniagaan yang besar.
Belajar dari merangkak kemudian bangun membina empayar perusahaan dan perniagaan yang besar merupakan kejayaan yang bukan dibina dalam sekelip mata. Ia dibina dari permulaan yang kecil kemudian berkembang secara kukuh dan berdaya saing. Semua ini berlaku kerana mentaliti yang diwujudkan sudah menjurus kepada bidang yang semakin berkembang mengikut arus perubahan. Inilah contoh dan juga model yang perlu dijadikan asas, jika kita mahu membina empayar besar dalam bidang sedemikian. Namun jangan ditinggalkan menjadi angan-angan kosong yang tidak berkesudahan. Ia perlu dijelmakan, apatah lagi di saat peluang pekerjaan semakin mengecut.
Mentaliti kita perlu berubah, ia perlu keluar dari kongkongan idea lama. Kita perlu berani menerokai kesempatan, kerana itu kita jangan jadi lemah dan lesu disebabkan tidak mempunyai peluang dan kesempatan untuk bekerja di sektor lain. Kita mesti pandai menghalakan matlamat hidup kita. Fokus kita perlu jelas terhadap kemampuan dan kemahiran yang ada untuk digembleng. Pandangan ke hadapan perlu mampu menganekacorakkan pilihan kita. Ini adalah sebahagian daripada perkara yang sangat penting dijadikan sebagai resipi kejayaan. Daya kreativiti yang tinggi dan pembentukan cara berfikir yang mantap dijadikan asas kepada menjelamakan kejayaan cemerlang, bersama mind-set dan mentaliti untuk menjadi usahawan yang gigih.

Perdagangan: E-Dagang

Perdagangan elektronik - saluran perniagaan baru
Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.





Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.
Integrasi perniagaan
E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.
Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang kertas dan birokrasi.
Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.
E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.
Jenis-jenis E-dagang
E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.
Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.
Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

Saiz E-dagang
Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya.
Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet.
Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999.
Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin.
Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).
Skop E-dagang
Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun.

Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.
Jaminan pengguna
Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Net.Trader, Cybercash dan DigiCash yang membolehkan menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad kredit.
Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public Key Infrastructure dan sijil digital. PKI dan sijil digital bertindak seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi tersebut.

Laporan:Untuk Kerja Fabrikasi Logam_"membuat tool box"

PENGENALAN



Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta objek untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam penghasilan bahan citaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana terdapat mesin yang digunkan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan dikawan rumah.

Ketika melakukan kerja-kerja fabriokasi logam keselamatan diri, bahan dan temapt amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jika tidak pastinya segala kerja yang dilkukan akan mendatangkan malapertaka dan bukannya membantu dalam kegunaan harian. Pekara ini perlulah dititik beratkan agar tujuan kerja fabrikasi logam yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif penghasilannya.

Disini kami ingin menerangkan serba sedikt mengenai keadah penghasilan, langkah keselamatan diri, bahan dan tempat untuk kerja fabrikasi logam iaitu pengasilan kotak ubat atau koatk menyimpan alatan. Ia bertujuan untuk membantu kepada mereka yang gemar melakukan sesuatu benda untuk kegunaan diri dengan hasil usaha sendiri. Diharap dengan apa yang dipaparkan akan dapat membatu mereka yang ingin mencubanya. Selamat maju jaya….

















LANGKAH KESELAMATAN

a) Diri

i. Pakaian pakaian yang sesuai.
ii. Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.
iii. Jangan bermain ketika melaukan kerja yang melibtakan mesin atau alatan yang tajam
iv. Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.
v. Pakai sarung tangan ketika menggunakn alatan tangan

b) Tempat

i. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
ii. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.
iii. Pastikan tempat berkerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.
iv. Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.


c) Alatan

i. Pastikan alatan sentiasa berminyak.
ii. Jangan berebut ketika menggunkan alatan terutama alatan yang tajam.
iii. Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.
iv. Susun alatan selepas menggunakan.





















ALATAN YANG DIGUNAKAN


Alatan tangan digunakan untuk memudahkan kerja. Disamping itu juag ia digunakan untuk mengelakkan kecederaan kepada anggota badan. Alatan tangan yang ada jika tidak digunakan dengan betul pasti akan mengakibatkan kemalangan atau kecederaan. Antara alatan tangan yang digunakan untuk kerja fabrikasi logam dalam penghasilan kotak ubata atau alatan tangan ialah :

Bil Nama Alatan Kegunaan
1 Penggarit


Membuat tandaan pada bahan projek
2 Gunting pemotong


Memotong bahan yang telah ditanda
3 Pembaris keluli


Membuat garisan
Menanda ukuran bahan
4 Pistol rivet
Memasang rivet pada bahagian projek












MESIN YANG DIGUNAKAN

Mesin merupakan alatan yang digunakan untuk membatu kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan menggunakan tenaga manusia. Disamping itu juga ia bgertujuan untuk menjimatkan masa ketika kerja-kerja dilakukan. Ia perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Ini kerana mesin yang digunakan berbahaya jika tidak mengikut langkah keselamatan yang digunakan . antara mesin yang digunakan dalam penghasilan kotak ubat atau alatan ialah :


Bil Nama Mesin Kegunaan
1 Hydraulic shear


Memotong bahan
2
Folding mesin







Membengkokkan bahagian projek
3 Sporter

Melekapkan bahagian bahan projek




































LANGKAH KERJA


Bagi tujuan melakukan sesuatu projek dengan mudah dan berkesan tanpa membuang masa, kita perlulah merancang langkah kerja. Disamping itu juga ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang bakan mengakibatkan pembaziran bahan kerja. Bahan kerja yang digunakan adalah mempunyai kos yang agak amahal kerana ia tidak boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.

Berikut adalah langkah kerja yang mesti dapatuhi untuk mengelakkan pembazikaran dan kemalangan :

Bil Langkah
1 Membaca plan bahan projek





2 Mengenalpasti ukuran dan bahagian yang diperlukan

3 Membuat tandaan pada bahagian projek



4 Memotong bahan projek mengikut bahagian yang diperlukan




5 Membengkokkan bahagian yang telah ditanda dan dipotong

6 Melekapkan bahagian badan projek

7 Membuat cantuman bahagian badan dengan tapak projek dengan menggunakan rivet


8 Memotong ensel bahagian penutup



9 Membuat cantuman penutup menggunakan rivet

10 Memasang tangkai

11 Memasang bahagian pengunci projek

12 Membuat kekemasan




KESIMPULAN


Fabrikasi logam merupakan kerja yang memerlukan ketelitian dan kesahabaran yang tinggi. Ini kerana kerja fablikasi yang dilakukan dengan tiada sifat ini pasti akan mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan mendapat hasil projek yang tidak elok. Disinilah kepentingan peraturan keselamatan patut diamalkan.

Ketika melakukan kerja untuk projek ini, dapat memberikan pendedahan mengenai penggunaan beberapa jenis mesin yang digunakan untuk membantu memudahkan kerja serta menjimatkan masa. Disamping itu juga mesin yang digunakan akan dapat menghasilkan hasil kerja yang kemas. Disini juga penting sentiap individu mengamalakan peraturan keselamatan untuk menjaga keselamatan diri sendiri.

Secara keseluruhannya, kerja fabrikasi logam merupakan kerja yang mudah jika dilakukan dengan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Jika tidak pasti kerja yang dilaukan akan susah disamping akan mengakibatkan kemalangan kepada diri serta persikitaran.

Kimpalan dan Fabrikasi Logam

Fabrikasi Logam

1.0 Pengenalan Kepada Fabrikasi Logam

Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan di kawasan rumah.

Ketika melakukan kerja-kerja fabrikasi logam keselamatan diri, bahan dan tempat amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jika tidak, pastinya segala kerja yang dilakukan akan mendatangkan malapetaka dan bukannya membantu dalam kegunaan harian. Pekara ini perlulah dititikberatkan agar tujuan kerja fabrikasi logam yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif penghasilannya.

Di sini kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai kaedah penghasilan, langkah keselamatan diri, bahan dan tempat untuk kerja fabrikasi logam iaitu pengasilan kotak ubat atau kotak menyimpan alatan. Ia bertujuan untuk membantu kepada mereka yang gemar melakukan sesuatu benda untuk kegunaan diri sendiri dengan hasil usaha sendiri. Diharap dengan apa yang dipaparkan akan dapat membantu mereka yang ingin mencubanya.

1.2 Langkah Keselamatan

a) Diri

i. Pakaian pakaian yang sesuai.
ii. Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.
iii. Jangan bermain ketika melaukan kerja yang melibtakan mesin atau alatan yang tajam
iv. Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.
v. Pakai sarung tangan ketika menggunakn alatan tangan

b) Tempat

i. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
ii. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.
iii. Pastikan tempat berkerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.
iv. Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.

c) Alatan

i. Pastikan alatan sentiasa berminyak.
ii. Jangan berebut ketika menggunkan alatan terutama alatan yang tajam.
iii. Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.
iv. Susun alatan selepas menggunakan.

1.3 Alatan Yang Digunakan

Alatan tangan digunakan untuk memudahkan kerja. Disamping itu juag ia digunakan untuk mengelakkan kecederaan kepada anggota badan. Alatan tangan yang ada jika tidak digunakan dengan betul pasti akan mengakibatkan kemalangan atau kecederaan. Antara alatan tangan yang digunakan untuk kerja fabrikasi logam dalam penghasilan kotak ubata atau alatan tangan ialah :

Bil Nama Alatan Kegunaan
1 Penggarit


Membuat tandaan pada bahan projek
2 Gunting pemotong


Memotong bahan yang telah ditanda
3 Pembaris keluli


Membuat garisan
Menanda ukuran bahan
4 Pistol rivet
Memasang rivet pada bahagian projek

1.4 Mesin Yang Digunakan

Mesin merupakan alatan yang digunakan untuk membatu kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan menggunakan tenaga manusia. Disamping itu juga ia bgertujuan untuk menjimatkan masa ketika kerja-kerja dilakukan. Ia perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Ini kerana mesin yang digunakan berbahaya jika tidak mengikut langkah keselamatan yang digunakan . antara mesin yang digunakan dalam penghasilan kotak ubat atau alatan ialah :

Bil Nama Mesin Kegunaan
1 Hydraulic shear
Memotong bahan
2 Folding mesin
Membengkokkan bahagian projek
3 Sporter
Melekapkan bahagian bahan projek

1.5 Langkah Kerja

Bagi tujuan melakukan sesuatu projek dengan mudah dan berkesan tanpa membuang masa, kita perlulah merancang langkah kerja. Disamping itu juga ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang bakan mengakibatkan pembaziran bahan kerja. Bahan kerja yang digunakan adalah mempunyai kos yang agak amahal kerana ia tidak boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.

Berikut adalah langkah kerja yang mesti dapatuhi untuk mengelakkan pembazikaran dan kemalangan :

Bil Langkah
1 Membaca plan bahan projek










2 Mengenalpasti ukuran dan bahagian yang diperlukan

3 Membuat tandaan pada bahagian projek

4 Memotong bahan projek mengikut bahagian yang diperlukan


5 Membengkokkan bahagian yang telah ditanda dan dipotong

6 Melekapkan bahagian badan projek

7 Membuat cantuman bahagian badan dengan tapak projek dengan menggunakan rivet

8 Memotong ensel bahagian penutup



9 Membuat cantuman penutup menggunakan rivet

10 Memasang tangkai

11 Memasang bahagian pengunci projek

12 Membuat kekemasan

1.6 Bahan Untuk Fabrikasi Logam

Kegunaan bahan yang betul dalam kerja abribasi logam sangat penting. Misalnya keluli lembut adalah sejenis keluli yang sangat berguna bagi kerja fabrikasi am kerana ia mempunyai sifat kebolehtempaan yang baik, sifat kekuatan yang sederhana dan murah. Pemilihan logam memerlukan pengetahuan tentang komposisi kimia dan sifat-sifat mekanik serta fizik.

Maklumat tentang logam yang boleh digunakan untuk sesuatu kerja fabrikasi, saiz dan bentukdan sifat-sifat mekanik dan fizik yang berkenaan boleh didapati dalam berbagai-bagai terbitan piawaian yang berkenaan. Piawaian-piawaian berkenaan adalah untuk memastikan mutu hasil kerja yang tertentu dan sesuai untuk digunakan.

1.7 Sifat-Sifat Mekanik

Sifat-sifat mekanik logam boleh ditentukan melalui ujian-ujian mekanik yang tertentu ke atas logam-logam itu. Ujian-ujian ini termasuk memukul, menarik dan meregang serta sebagainya. Sifat-sifat mekanik yang biasa digunakan bagi pekerjaan fabrikasi ialah seperti berikut:

a) Kekuatan ketegangan
Ini ialah sifat sesuatu logam bagi mempertahankan dirinya daripada diregang atau menjadi patah apabila dikenakan beban-beban tarikan luar. Kekuatan ketegangan bagi logam ialah satu mutu yang diperlukan terutamanya untuk tujuan-tujuan fabrikasi kerana sifat utama logam ialah menahan erotan atau perubahan bentuk. Hasil-hasil fabrikasi seperti bekas tekanan, binaan, dandang, peralatan mengorek tanah dan lain-lain yang mengalami daya-daya ketegangan atau koyakan mestilah diperbuat daripada logam atau aloi yang mempunyai ketegangan yang cukup.

b) Kemuluran
Ini ialah sifat logam yang boleh dibentuk atau dipanjangkan tanpa patah apabila dikenakan beban. Misalnya logam yang boleh ditarik menjadi bentuk dawai yang halus tanpa patah boleh dikatakan mempunyai kelumuran yang tinggi.

c) Kerapuhan
Ini ialah sifat logam yang mudah patah apabila diketuk atau diregang. Logam yang rapuh bermakna logam itu tidak boleh dipanjangkan atau kekurangan kemuluran. Satu contoh bahan yang bersifat rapuh ialah besi tuang.

d) Kebolehtempaan
Ini ialah kebolehan sesuatu logam yang boleh menanggung tukulan dan boleh dibentuk tanpa patah atau retak. Logam-logam yang boleh tempa ialah emas, timah, plumbum, kuprum dan keluli lembut.

e) Kerasan
Ini ialah sifat logam yang dapat mempertahankan lelasan dan haus. Nilai kerasan boleh didapati dengan beberapa cara. Semua kaedah ini menggunakan prinsip tentang rintangan permukaan logam terhadap pelekukan oleh sesuatu bola keluli terkeras atau intan piramid yang di bawah beban. Telah diketahui bahawa jika logamnya lembut nescaya dalamnya tanda itu.
1.8 Alat Tangan Bagi Kerja Fabrikasi Logam

Alat tangan bagi kerja fabrikasi logam yang biasa digunakan adalah seperti gunting, penebuk dan andas dan lain-lain lagi. Untuk itu, kita haruslah mengetahui cara untuk menggunakan alat ini dengan cermat.

Pemilihan jenis gunting bergantung kepada jenis pemotongan yang hendak dipotong supaya kerja yang hendak dilaksanakan itu lebih mudah dan tepat. Pegang gunting dengan tepi pemotong pada sudut tegak kepada benda kerja dan buka gunting seberapa luas yang boleh. Potong logam dengan menggunakan tidak lebih daripada panjang bilah untuk potongan biasa bagi menghasilkan potongan yang cantik. Bika dan ulang potongan. Apabila memotong takuk atau penjuru, gunakan hujung gunting.

Untuk memotong lubang, takuk atau gerudi lubang pada bahagian lebihan bahan. Sudahkan potongan dengan gunting layang atau gunting bergabung dengan memotong logam melebihi 0.16cm tebal.

i. Penebuk

Kadangkala lubang yang berlainan diameter harus dibuat pada kepingan-kepingan logam. Jika anda menggunakan gerudi untuk membuat lubang, bendakerja akan bergegar dan lubang yang digerudi tidak akan sama tengah dan tidak sebulat yang dikehendaki. Ini adalah kerana kepingan logam sangat nipis dan tidak memberi mata gerudi cengkaman yang baik. Cara begini berbahaya. Cara yang betul ialah dengan menebuk lubang menggunakan penebuk.

ii. Andas

Andas digunakan untuk membentuk, melentur dan melipat kepingan-kepingan logam. Andas diperbuat daripada keluli tuangan dan terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz.

iii. Rivet

Rivet adalah komponen yang digunakan sebagai pengikat tetap untuk bahan-bahan seperti plat-plat keluli untuk pembinaan dandang.Terdapat pelbagai Jenis Rivet.Ada berbagai jenis rivet yang digunakan dalam industri. Antara yang biasa digunakan adalah rivet berkepala bulat, rivet berkepala benam dan rivet berkepala rata.

1.9 Mesin Memotong Dan Membentuk Kepingan Logam.

Dalam kerja logam, sebahagian daripada benda kerja mungkin harus dibentuk atau dipotong. Ini boleh dibuat dengan menggunakan tangan ataupun mesin. Dalam menggunakan mesin ini, seseorang itu haruslah mengetahui cara-cara menggunakannya bagi mengelakkan kemalangan. Dengan mesin ini, kepingan logam dapat dipotong dengan menggunakan mesin pemotong dan dibentuk dengan menggunakan mesin pembentuk.

1.10 Kesimpulan

Fabrikasi logam merupakan kerja yang memerlukan ketelitian dan kesahabaran yang tinggi. Ini kerana kerja fablikasi yang dilakukan dengan tiada sifat ini pasti akan mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan mendapat hasil projek yang tidak elok. Disinilah kepentingan peraturan keselamatan patut diamalkan.

Ketika melakukan kerja untuk projek ini, dapat memberikan pendedahan mengenai penggunaan beberapa jenis mesin yang digunakan untuk membantu memudahkan kerja serta menjimatkan masa. Disamping itu juga mesin yang digunakan akan dapat menghasilkan hasil kerja yang kemas. Disini juga penting sentiap individu mengamalakan peraturan keselamatan untuk menjaga keselamatan diri sendiri.

Secara keseluruhannya, kerja fabrikasi logam merupakan kerja yang mudah jika dilakukan dengan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Jika tidak pasti kerja yang dilaukan akan susah disamping akan mengakibatkan kemalangan kepada diri serta persekitaran.

Kimpalan

2.0 Pengenalan Kepada Kimpalan

Pengetahuan mengenai prinsip-prinsip asas proses kimpalan,termasuk fenomena fizikalnya dikenali sebagai teknologi kimpalan. Teknologi kimpalan ini,meliputi pengetahuan mengenai fungsi, unit kimpalan dan rekabentuk,dan juga kelebihanya apabila digunakan untuk pelbagai jenis struktur dan logam.

Pengetahuan dan pengalaman juga perlu bagaimana memeriksa kimpal yang telah dihasilkan. Memeriksa dan menguji kimpal penting untuk memastikan bahawa kimpal yang dibuat selamat digunakan. Ini bagi mengelakkan kemalangan ngeri yang boleh terjadi akibat kelalaian manusia.

Kimpalan ialah mencatum dua cebisan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur dan menggunakan haba hingga logam itu mula melebur. Kimpalan menggunakan haba hingga melebihi takat suhu leburnya dan logam itu melebur disebut kimpalan lebur.

Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur,tetapi menghampirinya hingga logam itu mula berfungsi sebagai ‘plastik’ disebut kimpalan tidak lebur.

i. Kimpalan Lebur

• Kimpalan arka elektrik
• Kimpalan arka logam secara insani
• Kimpalan arka karbon
• Kimpalan gas lengai tungsten
• Kimpalan gas lengai logam
• Kimpalan arka tenggelam
• Kimpalan jermang-elektro

ii. Kimpalan Tidak Lebur

• Kimpalan rintangan
• Kimpalan bintik
• Kimpalan kelim
• Kimpalan unjuran
• Kimpalan tempa
• Kimpalan tekanan
• Kimpalan tekanan sejuk

2.1 Kimpalan Arka

Kimpalan arka elektrik dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik dari¬pada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga baba ini digunakan untuk melebur logarn elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang akhirnya menghasil¬kan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek. Bekalan tenaga elektrik daripada TNB tidak sesuai digunakan bagi kerja-kerja kimpalan dan tidak mendatangkan kesan. Sebaliknya penggunaan bekalan ini akan membahayakan. Kadangkala kita menggunakan pengubah tenaga untuk mengubah bekalan tenaga elektrik ini kepada arus elektrik yang sesuai bagi kegunaan dalam amalan kimpalan. Berikut ialah dua jenis arus elektrik yang biasa digunakan dalam kerja-kerja kimpalan.

• Arus ulangalik (a.u.). Sejenis arus yang mengubah arah pengalirannya beberapa kali dalam satu saat. Arus ulangalik yang biasa digunakan akan mengubah kekuatan dan arahnya 120 kali dalam masa satu saat atau membuat satu pergerakan ulangalik dalam masa 1/60 scsaat. Frekuensi arus ini dikatakan bernilai 60 hertz. Dengan perkataan lain arus ulangalik yang mempunyai frekuensi 60 hertz akan mengubah kekuatan dan arahnya 60 kali bagi setiap saat.

• Arus terns (a.t.). Sejenis arus yang mempunyai arah pengaliran yang tetap. Arah arus terns hanya boleh diubah dengan menukar sambungan kabel yang digunakan.



2.2 Arus Elektrik

Arus elektrik mengalir daripada satu tekanan tinggi kepada tekanan rendah melalui litar atau dawai kerana wujudnya perbezaan daya. Daya yang menye¬babkan arus ini mengalir disebut daya gerak elektrik. Unit bagi daya gerak elektrik ialah volt. Hujung yang mempunyai daya gerak elektrik yang tinggi dikatakan hujung negatif dan hujung satu lagi yang mempunyai daya gerak elektrik rendah ialah hujung positif. Ini bermakna aliran arus elektrik melalui litar bermula daripada hujung negatif ke hujung positif. Unit bagi mengukur arus elektrik ialah ampere.

2.3 Rintangan

Apabila arus elektrik mengalir di dalam sesuatu pengalir, arus ini akan menghadapi rintangan pada keseluruhan laluannya. Rintangan itu berubah mengikut jenis bahan yang digunakan. Unit rintangan ialah Ohm. Bahan tembaga memberi rintangan yang rendah terhadap aliran arus. Itulah sebab¬nya pengalir tembaga digunakan secara meluas. Sebaliknya bahan-bahan yang merintang aliran elektrik disebut penebat. Di antara bahan-bahan penebat utama ialah kertas,getah,dan minyak. Getah biasanya digunakan untuk menebat aliran elektrik sepanjang laluanya.

2.4 Prinsip-Prinsip Kimpalan Arka

Suatu arka elektrik terjadi apabila arus elektrik mengalir daripada suatu hujung elektrod ke permukaan logam yang hendak dikimpal. Keadaan ini berlaku apabila elektrod yang membawa arus itu bersentuhan dengan logam yang hendak dikimpal serta terdapat voltan di antaranya. Kejadian itu meng¬hasilkan haba yang tinggi di tempat sentuhan clan akibatnya sebahagian logam asas dan hujung elektrod terlebur. Peleburan hujung elektrod menye¬babkan pembentukan bebola-bebola halus logam yang dipindahkan ke dalam lopak di atas logam asas melalui arka berlaku. Ini disebut pemindahan logam.

Kadangkala cecair logam yang terjadi dilindungi oleh gas-gas lindungan yang terhasil daripada peleburan salutan kimia elektrod. Cecair logam juga kadangkala dilindungi oleh satu lapisan jermang yang dihasilkan daripada pembakaran salutan elektrod.



2.5 Kelengkapan dan Aksesori

Keperluan asas bagi menjalankan sesuatu kimpalan arka ialah bekalan elek¬trik dengan voltan dan arus yang sesuai. Voltan yang diperlukan ialah di antara 20-100 volt manakala arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Oleh itu jelas di sini bahawa bekalan elektrik daripada TNB tidak sesuai dan tidak selamat digunakan untuk kerja-kerja kimpalan kerana terlalu tinggi. Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:
a) Mesin yang memberi arus terus.
b) Mesin yang memberi arus ulang alik.

2.6 Mesin Kimpalan Arus Terus

Terdapat dua cara bagi mendapatkan arus terus yang digunakan dalam mesin kimpalan jenis ini iaitu melalui set penjana dan alat kimpalan penerus.

Kebaikan
Keburukan

(a) Boleh digunakan untuk me¬ngenakan kedua-dua elektrod teras dan bukan teras.
(b) Menghasilkan kimpalan yang lebih licin dan ini berguna untuk mengimpal logam ke¬pingan nipis.
(c) Lebih selamat digunakan.
(a) Harganya lebih mahal.
(b) Perlu dijalankan penyelengga¬raan berkala ke atas jenis ki¬lang penjana kerana terdapat bahagian-bahagian yang berge¬rak.
c) Gangguan-gangguan daripada
'tiupan arka'.



2.7 Mesin Kimpalan Arus Ulangalik

Bekalan arus ulangalik untuk kerja¬kerja kimpalan didapati daripada sebuah pengubah perendah. Di sini bekalan elektrik utama dengan kekuatan 230-250 volt diturunkan kepada suatu nilai yang kurang daripada 100 volt oleh alat pengubah. Pengubah ini mempunyai pengatur kawalan arus yang membolehkan operator memilih nilai arus yang sesuai setanding dengan saiz elektrod yang digunakan. Dari segi kecekapan dan kemudahan, peralatan arus ulangalik adalah unggul. Berikut disenaraikan beberapa kebaikan menggunakan mesin kimpalan arus ulangalik:

(a) Harganya lebih murah.
(b) Sedikit penyelenggaraan diperlukan atau mungkin tidak diperlukan lang¬sung. Ini
adalah kerana tidak ada bahagian-bahagian yang bergerak dalam pengubah.
(c) Tidak berlaku 'tiupan arka'.
(d) Boleh digunakan di sebarang tempat.



2.8 Peralatan tambahan bagi kimpalan arka

Berikut ialah beberapa peralatan tambahan penting bagi kegunaan pekerja¬pekerja kimpalan.

• Pemegang elektrod.
• Kabel atau wayar kimpalan.
• Kabel bumi.
• Pelindung muka.
• Sarung Tangan.
• Pelindung lengan.
• Apron kulit.
• Tuluk serpihan.
• Berus
• Penyepit



2.9 Keselamatan

Bahaya-bahaya yang mungkin ditemui dalam kerja-kerja kimpalan arka ialah daripada sinaran arka, percikan logam lebur, gas-gas dan haba yang terhasil serta risiko renjatan elektrik. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berhati-hati apabila menjalankan kimpalan arka untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

Untuk mengelakkan kemalangan akibat daripada sinaran arka dan percikan logam lebur, pengimpal mestilah melindungi kulitnya pada bahagian muka, mata, tangan, lengan, kaki dan badan dengan cara memakai pakaian yang sesuai dan selamat. Sewaktu menjalankan kerja kimpalan, pastikan pekerja¬-pekerja lain yang ada berhampiran dengan tempat kerja itu memakai adang¬an yang cukup dan baik.

Sebelum memulakan sesuatu kerja kimpalan, pastikan kesemua sambungan elektrik berada dalam keadaan sempurna dan mempunyai pembumian elek¬trik yang baik. Perlu diingat, penting bagi hujung kabel daripada set kimpal¬an itu dibumikan melalui satu terminal atau pembumian yang betul. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembumian melalui pengimpal jika terminal bumi ini tersalah sambung, maka kemungkinan akan berlaku kejadian renjatan elektrik.

2.9.1 Pakaian Keselamatan Ketika Mengimpal Arka



Untuk mendapatkan perlindungan yang lebih berkesan,pakaian seperti rajah di atas digalakkan. Pakaian kerja atau apron yang kemas boleh juga digunakan. Kasut yang bertapak nipis atau kasut getah kurang sesuai.

Benda-benda tajam atau kepingan-kepingan logam yang tajam boleh menembusi tapak kasut dan menyebabkan kecederaan . kasut yang tahan lasak atau kasut keselamatan (kasut perusahaan) patut di pakai. Pakaian perlindungan kulit atau apron kulit harus digunakan semasa membuat kerja-kerja kimpalan.

Bagi pengawasan keselamatan tambahan,pelajar atau pelatih juga diminta mengulungkan lengan baju dan menanggalkan gelang,jam tangan,cincin dan memasukkan tali leher ke dalam baju sebelum membuat kerja amali. Langkah-langkah ini dapat mengelakkan benda-benda yang longgar termasuk atau tersangkut kepada bahagian-bahagian mesin yang sedang bergerak.

Kimpalan Gas

3.0 Pengenalan

Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur dengan menggunakan haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam itu melebur dikenali kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur, tetapi menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut kimpalan tidak lebur. Keluli lembut melebur pada suhu 1400C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur nagi setiap keluli. Keluli 327C, aluminium 850C hingga 1000C, loyang 900C-1020C,gangsa 960C, perak 960C dan kuprum 1080C

Kimpalan Gas merupakan kimpalan yang menghasilkan tautan di mana bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau dengan tanpa logam pengisi.




3.1 peralatan untuk kimpalan gas

3.1.1 Penyumpit Gas
Merupakan alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan oksi-asetilena dalam keadaan terkawal. Campuran oksi-asetilena dinyalakan di bahagian hujung sumpitan kimpalan gas itu. Penyumpit gas mempunyai dua injap yang berfungsi untuk mengawal kedua2 jenis gas (Oksigen dan Asetilena). Saiz hujung penyumpit bergantung pada garispusat lubang saluran gas. Hujung penyumpit gas ini perlu dibersihkan apabila hendak menggunakannya.















3.1.2 Regulator

Ia merupakan alat kawalan pengaliran gas yang keuar dari selinder atau paip manifold. Alat ini berfungsi menentukn tekanan isipadu gas yang diperlukan bagi sesuatu proses kimpalan. Regulator menerima gas pada tekanan tinggi dan mengurangkan tekakanan untuk tekanan kerja yang boleh dikawal.

Prinsip asas kendalian bermula dari satu pegas yang diketatkan pada skru pelaras. Apabila skru pelaras diputarkan mengikut arah jam bahagian hujung batang skru menolak gegedang yang dihubungkan dengan satu sauran masuk ke tempat kerja. Injap salur gas yang terkeluar ke tempat kerja terbuka dan melepaskan pengaliran gas yang terkawal.






3.1.3 Gas Oksigen
Gas oksigen adalah sejenis gas yang tidak mempunyai warna, rasa, dan bau. Gas oksigen ini banyak membantu proses pembakaran dan mudah sebati dengan benda-benda yang peka kepada oksigen serta berupaya mengaratkan keluli. Ia juga unsur sangat penting kepada manusia dan benda-benda hidup. Udara mengandungi 21% isipadu oksigen. Ia kerap digunakan di hospital untuk tujuan perubatan. Selain itu juga digunakan oleh para penyelam untuk tujuan pernafasan di dalam air serta tujuan mengimpal. Dalam kerja kimpalan gas ia lebih dikenali dengan alatan yang bernama Selinder Oksigen.
3.1.4 Selinder Oksigen
Ia diperbuat daaripada keluli bermutu tinggi ata tidak berkelim dan diuji kekuatan tekanan
Udara 3360psi.. Ia juga diperlengkapi dengan injap pengumpar tekanan tinggi.
Terdapat tiga saiz :-
i. Besar - 6905 liter oksigen - digunakan di institusi pengajian tinggi dan di
bengkel-bengkel kimpalan.
ii. Sederhana - 3452 liter oksigen
iii. Kecil 2264 liter oksigen
3.1.5 Gas Asetilena
Gas bahan api (asetilena) = kalsium karbida + air Mempunyai bau tersendiri tidak berwarna dan peka kepada api (terbakar serta merta).
. Lebih rendah drp. selinder Oksigen dan diameter lebih besar.
. Di perbuat drp.keluli bermulu tinggi dan dilengkapi dengan wheel valve.
. Undang-undang keselamatan asetilena tidak boleh digunakan pada tekanan Ibh. Drp
6.7 kg. per meter persegi. ( meletup)
• Selinder ini di isikan dgn serpihan-serpihan habuk-habuk seperti asbestos, simen, arang kayu dll. yg. dikcnali sebagai jisim telap. Kemudian, dikimpal & dlbakar hingga jisim telap itu cukup kering dan terbentuk liang-liang bg. membolehkan cecair aseton diserap ke dim. jisim telap.
• 1 isipadu cecair aseton boleh menyerap 25 isipadu asetilena.
• Bahagian tapak - dilengkapi dgn safety device ( palam keselamatan) yang merupakan satu pasak yang mengandungi pateri khas yg segera lebur pd suhu Ibh drp 100 °C penting menjauhkan nyalaan api dr terkena selinder asetilena
• Selinder ini mengandungi aseton yang mudah. mengalir jika dibaringkan. Ia harus sentiasa didirikan.
• Gas asetilena mengandungi racun. Jika terhidu akan menyebabkan pening kepala iaitu disebabkan gangguan urat saraf.
3.2 Cara-Cara Mengendalikan Peralatan Kimpalan Gas
3.2.1 Membuang Habuk Pada Bahagian Cagak
a) Pusingkan bahagiancagak ke sebelah kiri anda
b) Buka dan tutup (lakukan 1 hingga 2 kali) dengan cepat injap silinder.
c) Pasangkan pemegang injap ke injap silinder oksigen.

3.2.2 Memasang Pengatur Oksigen
a) Periksa pengalas pengatur jika ada kerosakan
b) Pasangkan pengatur pada silinder supaya liang keluar gas dan injap keselamatan tidak mengahadang bahu silinder.
c) Ketatkan nat pengikat dengan sempurna dan cermat dengan perengkuh boleh laras.

3.2.3 Memasang Pengatur Asetilena

a) Periksa pengalas masuk cagak jika terdapat kerosakan.
b) Jauhkan liang masuk gas pengatur kira-kira 20 mm dari apitan.
c) Condongkan pengatur kira-kira 45 darjah.
d) Ketatkan tuas pengetat dengan sempurna.

3.2.4 Melonggarkan Tuas Pelaras
a) Longgarkan tuas laras sehingga ia dapat berpusing dengan mudah.

3.2.4 Membuka Injap Silinder

a) Jangan berdiri di hadapan pengatur.
b) Pusing tuas injap kira-kira satu pusingan penuh secara perlahan-lahan.
c) Periksa silinder dengan tolok tekanan tinggi.
d) Tinggalkan tuas injap yang terpasang pada injap silinder.

3.2.5 Memeriksa Kebocoran Gas

a) Periksa kebocoran dengan menggunakan pemeriksa bocor atau air buih sabun,
b) Periksa bahagian-bahagian berikut:
I. Injap silinder.
II. Cagak pengatur.
III. Punca tuas pengatur.
IV. Cagak tolok tekanan tinggi.

3.3 Proses Kimpalan Gas

Kimpalan gas adalah suatu proses kimpalan yang menghasilkan tautan bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau dengan atau tanpa logam pengisi.

Selain mengimpal gas, bahan api digunakan untuk memotong , melakukan rawatan haba seperti pengerasan dan sepuh pindap, membengkok atau melurus.Terdapat tiga proses yang biasa dilakukan seperti Kimpalan oksi- asetilena, Kimpalan oksi – hidrogen, dan kimpalan tekanan gas.

3.4 Haba

Dalam proses kimpalan gas, haba yang digunakan biasanya daripada pembakaran campuran gas asetilena dan oksigen. Haba itu dikawal dan dihalakan kepada bahagian yang hendak disambungkan supaya bahagian-bahagian itu akan menjadi lebur dan disambungkan dengan rod penambah. Nyalaan pembakaran oksi-asetilena paling tinggi berbanding suhu kepanasan bahan api lain ialah (3316 C) dan amat sesuai untuk kerja mengimpal.

3.5 Suhu

Suhu-suhu kepanasan bagi nyalaan gas-gas bahan api dengan oksigen:
a) Oksi-asetilena 3100 – 3500 C
b) Udara-asetilena 2300 – 2500 C
c) Oksi-hidrogen 2200 – 2382 C
d) Oksi-gas arang batu 1982 – 2182 C

3.6 Pelarasan Nyalaan Kimpalan Gas



3.6.1 Terdapat tiga jenis nyalaan utama iaitu :








Selain daripada itu, pelajar dinasihatkan untuk memakai pakainan perlindungan bagi tujuan keselamatan.














i. Menyalakan nyalaan


1. Buka injap asetilena kira-kira ½ putaran
2. Buka Injap oksigen kira-kira ¼ putaran
3. Berjaga-jaga terhadap arah inhalan tersebut

1. Nyalakan dengan pemetik api khas


ii. Melaraskan nyalaan


Buka injap asetilena lebih sedikit untuk mendapatkan teras nyalaan yang panjang
Buka injap oksigen perlahan-lahan dan laraskan nyalaan dalam kenyalaan teras untuk mendapatkan nyalaan cuali .

iii. Memadamkan Nyalaan



1. Tutup injap asetilena perlahan-lahan
2. Tutup injap oksigen perlahan-lahan.
iv. Akibat-akibat nyalaan yang berlainan
(a) Nyalaan terpotong.
(i) Tekanan oksigen yang finggi.
(ii) Nyalaan terlalu besar.
(iii) Kemancaran tersekat pada liang muncung sumpitan.
(b) Meletup pada nyalaan.
(i) Pengekzosan gas campuran tidak sepenuhnya.
(ii) Tekanan gas oksigen yang tinggi.
(iii) Agihan asetilena tidak mencukupi. (iv) Muncung sumpitan dibesarkan atau dibentuk.
(c) Nyalaan belakang atau letup padam
(i) Muncung sumpitan terlalu panas.
(ii) Tekanan gas yang tidak cukup.
(iii) Kemancaran tersekat pada liang muncung sumpitan
(iv) Jarum injap yang berlainan





V. Cara-cara menggunakan jarum pencuci

Gunakan jarum pencuci mengikut garis pusat liang in muincung sumpitan

Lubang garis pusat dan nombor kimpalan (mm)





3.6.2 Mengendalikan Sumpitan Api Kimpalan





1. Bersihkan permukaan logam asas dengan berus dawai
2. Gores garis-garis tandaan pada logam asas dengan pensel ’slate’
3. Berikan sedikit ruang dengan mengalas antara batu-bata dan logam asas.

i. Menggayakan kedudukan



1. Buka lilitan hos getah
2. Pegang sumpitan kimpal dengan membuka sesiku
3. Letakkan tangan kiri diatas lutut

ii. Meletakkan sumpitan api





1. Nyala dan laraskan nyalaan pada nyalaan cuali
2. Letakkan muncung sumpitan kimpalan dan selarikan dengan nyalaan kearah penanda garisan yang dibuat

iii. Mengangkat sumpitan api



1. Kekalkan muncumg sumpitan api kira-kira 45°
2. Kekalkan jarak kira-kira 2-3 mm antara teras nyalaan dan benda kerja

iv. Mencairkan logam asas


1. Perhatikan proses pencairan.ketinggian teras nyalaan.
2. Periksa arah teras nyalaan, sudut muncung kimpalan dan

V. Kedudukan teras nyalaan


Kedudukan pengimpal adalah faktor penting untuk meng¬hasilkan kimpalan yang baik. Oleh itu, faktor yang lebih pen¬ting ialah kedudukall teras nyalaan. hni adalah komponen arahan teras nyalaan, sudut dan tinggi. Setkan dengan betul mengikut rajah di bawah. Bagaimanapun , nyalaan agak sukar dilihat dari pengimpal. Ia mernerlukan latihan yang rapi untuk memerhatikan keadaan ini.













3.6.3 Mengendalikan Sumpitan Api Kimpalan

i. Membuat kawah leburan



1. Buatkan kawah leburan pada garis-garis persilangan di garis-garis persilangan di garis penanda
2. Jangan biarkan kawah mendidih dan elakkan percikan.

ii. Gerakkan sumpitan api

1. Gerakkan teras nyalaan ke kiri dengan ketinggian yang sama
2. Tentukan arah teras nyalaan, sudut dan ketinggian yang betul



iii. Ulangai langkah 1 dan 2



1. Gerakkan kelajuan yagn seimbang, sementara itu kawal lebar kawah yag seragam
2. Tambahkan kelajuan gerakkan sehingga sumpitan menghampiri penghujung bahan kerana penghujung bahan mudah terbakar

iv. Semakan

Semak perkara-perkara berikut :

1. Saiz bagi kesan lakuran
2. Cengkung bagi kesan lakuran
3. Darjah pengoksidaan bagi kesan lakuran
4. Lubang bagi kesan lakuran
5. Lebar kumai
6. Kelurusan kumai
7. Kebakaran

v. Mengimpal Menggunakan "Filler Rod"




1. Mulakan kawah leburan pada kedudukan 5 mm dari tepi.
2. Berhati-hati semasa melakukannya dan elakkan tepi logam daripada terbakar terus
3. Setkan rod kimpalan kira-kira 45º
4. Lakurkan rod kimpalan dan lebar endapan dan tetulang kumai
i. Membentuk kumai

1. Gerakkan rod kimpalan keatas dan ke bawah
2. Letakkan rod kimpalan di tengah-tengah kawah tersebut
3. Jangan gerakkan hujung rod kimpalan bahagian nyalaan
4. Teruskan menggerakkan sumpitan api sementara mengawal lebar kawah dengan seimbang.
5. Condongkan atau jauhkan sedikit muncung sumpitan apabila logam asas kira-kira hendak terbakar terus










3.6.4 Sambungan Tindih (Lap Joint)

i. Mengimpal Titik

- Kepitkan kedua-dua kepingan keluli dengan ragum tangan dan ambil 25 mm basian tindih
- Kimpal dua titik kedudukan di tepi kepingan tersebut



ii. Kimpalan Kumai

a) Arahkan tengah-tengah teras nyalaan ke titik 1 – 2 mm kehadapan punca





4.0 Rumusan
Kimpalan adalah salah satu cara untuk menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui proses pemanasan. ‘Manufactures’ menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai jenis bahan antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula menggunakannya dalam membuat bangunan, menyambungkan bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya.

Subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini bertujuan membekalkan kami dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Sepanjang tempoh dalam menyiapkan projek, sangat penting untuk mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang dipelajari termasuk proses mengimpal dengan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan Melalui mata pelajaran ini kami dapat memahami perajalanan dalam industri yang terlibat dengan kerja kimpalan dan industri-industri yang terlibat sama.

Projek dalam fabrikasi logam telah dapat kami siapkan mengikut tempoh masa yang diberi. Sepanjang masa membuat kerja-kerja ini,kami telah belajar untuk membaca plan, membentuk, memasang kepingan logam dengan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, dan cara-cara lain mengikut piawaian industri masa kini. Kami juga telah diajar mengenai asas logam, mengukur, memotong, mengikir. Sepanjang itu juga, kami melihat untuk perlu lebih kreatif dalam menentukan langkah-lagkah kerja agar tidak tersilap dan kerja-kerja dapat disiapkan dengan mudah. Banyak juga proses-proses yang melibatkan penggunaan peralatan tangan dan mesin pelbagai bagi memudahkan kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja.
Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari teknik-teknik yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel. Pendedahan meluas oleh instrutor berpengalaman seperti En. Iskandar adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah. Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan menyebabkan pelajar terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak banyak aktiviti dapat dijalankan. Pendedahan yang di berikan dapat membantu kami untuk lebih berkeyakinan semasa berdepan pelajar pada masa depan kerana subjek ini boleh dikategorikan sebagai subjek yang agak sukar dan mempunyai banyak risiko yang mungkin terjadi.
Kemahiran-kemahiran yang kami dapat dari pengajaran yang diberi sangat memuaskan. Dari sebelum ini, kami tidak berani untuk memegang sekalipun peralatan-peralatan kimpalan sehinggalah kami mampu menyiapkan tugasan yang diberi dengan yakin dan jayanya. Subjek ini telah banyak memberi kami kemahiran dan ilmu melalui latihan teori dan amali untuk kerja-kerja mengimpal, menyambung logam menggunakan pelbagai proses, kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja kimpalan. Dalam pembelajaran ini juga kami memandang serius faktor keselamatan diri dan alatan kerja. Kerja mengimpal ini adalah suatu kerja yang berisiko tinggi kerana melibatkan penggunaan alatan-alatan yang berkuasa tinggi yang boleh mendatangkan kecederaan serius.
Secara keseluruhannya, banyak boleh diperkatakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran untuk subjek kimpalan dan fabrikasi logam ini. Bagaimana suatu kerja yang sukar dapat kami miliki kemahirannya seperti mengimpal arka dan gas. Pada pandangan kami sebelum ini, kerja ini adalah sangat merbahaya tetapi sebaliknya jika selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Bibliografi

.

Meor Md. Salleh, Mohamad Mustafa. 1999. Asas Kimpalan Arka.

Houldcroft, P., John, R.1989. Welding and cutting.New York:Industrial Press Inc,
Jabatan Tenaga Manusia. 2004. Laporan Tahunan 2003.

Teh Ser Kok,(1989) Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Petaling Jaya Selangor


O’Brien, R. L., 1991. Welding handbook. Volume 2.8th Edition. Miami: American
Welding Society.

http://www.aws.org/w/s/research/outlook.html.

http://en.wikipedia.org/wiki/Welding

http://www.efunda.com/processes/metal_processing/welding.cfm


Lampiran
Welding
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Welding is a fabrication process that joins materials, usually metals or thermoplastics, by causing coalescence. This is often done by melting the workpieces and adding a filler material to form a pool of molten material (the weld puddle) that cools to become a strong joint, but sometimes pressure is used in conjunction with heat, or by itself, to produce the weld. This is in contrast with soldering and brazing, which involve melting a lower-melting-point material between the workpieces to form a bond between them, without melting the workpieces.


Arc welding
Many different energy sources can be used for welding, including a gas flame, an electric arc, a laser, an electron beam, friction, and ultrasound. While often an industrial process, welding can be done in many different environments, including open air, underwater and in space. Regardless of location, however, welding remains dangerous, and precautions must be taken to avoid burns, electric shock, poisonous fumes, and overexposure to ultraviolet light.
Until the end of the 19th century, the only welding process was forge welding, which blacksmiths had used for centuries to join metals by heating and pounding them. Arc welding and oxyfuel welding were among the first processes to develop late in the century, and resistance welding followed soon after. Welding technology advanced quickly during the early 20th century as World War I and World War II drove the demand for reliable and inexpensive joining methods. Following the wars, several modern welding techniques were developed, including manual methods like shielded metal arc welding, now one of the most popular welding methods, as well as semi-automatic and automatic processes such as gas metal arc welding, submerged arc welding and flux-cored arc welding. Developments continued with the invention of laser beam welding and electron beam welding in the latter half of the century. Today, the science continues to advance. Robot welding is becoming more commonplace in industrial settings, and researchers continue to develop new welding methods and gain greater understanding of weld quality and properties.

Oxy-fuel welding and cutting
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
"Oxyacetylene" redirects here. "Oxyacetylene" is also the title of a song performed by Cubanate.
Oxy-fuel welding of metal is commonly called oxyacetylene welding since acetylene is the predominant choice for a fuel, or often simply gas welding. In gas welding and cutting, the heat needed to melt the metal comes from a fuel gas burning with oxygen in a torch.
Oxy-fuel cutting of metal is a similar process, using a different type of gas torch, called a blowtorch. (But, colloquially, many people also call a welding torch a blowtorch.) Here the metal is heated until it glows orange, and then a long lever on the torch is pressed to blow a blast of excess of oxygen into the gas mixture, to burn and melt the metal with the resulting extra heat, and blow it out of the cut. Much of this heat comes from the metal burning rather than from the gas burning. Sometimes a metal-cutting blowtorch is colloquially called a gas-axe or hot wrench.
Torches that do not mix pure oxygen with the fuel inside the torch, but burn it with atmospheric air, are not oxy-fuel torches and can be identified by their single tank. (Oxy-fuel welding needs two tanks, fuel and oxygen.) Most metals cannot be melted with such single-tank torches, so they can only be used for soldering and brazing, not welding. See also Blowlamp.
Welding
The flame is applied to the base metal and held until a small puddle of molten metal is formed. The puddle is moved along the path where the weld bead is desired. Usually, more metal is added to the puddle as it is moved along by means of dripping metal from a wire ("welding rod" or "filler rod") into the molten metal puddle. The force of the jet of flame issuing from the torch tip helps to manipulate the puddle. The amount of heat can be controlled by the distance of the flame from the metal, as well as the gas flow rate and nozzle size selected. There should be a bright incandescent spot on the molten puddle. When the puddle is correctly maintained, a sound weld will result.
[edit]
Cutting
For cutting, the set-up is a little different. A cutting torch has a 90-degree angled head with six orifices placed around a central jet. The six outer jets are for oxygen and acetylene (oxy-propane devices use an array of many jets) and the central jet carries only oxygen.
The flame isn't intended to melt the metal, but to bring it to its ignition temperature.
The torch's trigger blows extra oxygen at high pressure down the torch's third tube out of the central jet into the workpiece, causing the metal to burn and blowing the resulting molten oxide through to the other side and off the workpiece completely. The ideal cut is a narrow gap with a sharp edge on either side of the workpiece; overheating the workpiece and thus melting through it causes a rounded edge.


Oxygen Rich Butane Blow Torch Flame


Fuel Rich Butane Blow Torch Flame


Cutting a rail just before renewing the rails and the ballast.
Cutting is initiated by heating the edge of the steel to melting point using the six pre-heat jets only, then using the separate cutting oxygen valve to release the oxygen from the central jet. The steel is instantly oxidized into molten iron oxide, producing the cut. It is worth noting several things at this point:-
• The oxygen flowrate is critical — too little will make a slow ragged cut; too much will waste oxygen and produce a wide concave cut. Many torches do not have a separate pressure control for the cutting oxygen, so the cutting oxygen pressure must be controlled using the oxygen regulator. Typically for cutting the oxygen pressure from the regulator will be set higher than for welding.
• The oxidation of iron by this method is highly exothermic. Once started, steel can be cut at a surprising rate, far faster than if it was merely melted through. At this point, the pre-heat jets are there purely for assistance. The rise in temperature will be obvious by the intense glare from the ejected material, even through proper goggles (which, typically, should be darker than goggles used for welding). (A thermic lance is a tool which also uses rapid oxidation of iron to cut through almost any material.)
• Since the melted metal is blown out of the workpiece, there must be room on the opposite side of the workpiece for the spray to exit. When possible, pieces of metal are cut on a grate that lets the melted metal fall freely to the ground. The same equipment can be used for oxyacetylene blowtorches and welding torches, by exchanging the part of the torch in front of the torch valves.
For a basic oxy-acetylene rig, the cutting speed in light steel section will usually be nearly twice as fast as a petrol-driven cut-off grinder. The advantages when cutting large sections are obvious - an oxy-fuel torch is light, small and quiet and needs very little effort to use, whereas a cut-off grinder is heavy and noisy and needs considerable operator exertion and may vibrate severely, leading to stiff hands and possible long-term repetitive strain injury.
Robotic oxy-fuel cutters sometimes use a high-speed divergent nozzle. This uses an oxygen jet that opens slightly along its passage. This allows the compressed oxygen to expand as it leaves, forming a high-velocity jet that spreads less than a parallel-bore nozzle, allowing a cleaner cut. These are not used for cutting by hand since they need very accurate positioning above the work. Their ability to produce almost any shape from large steel plates gives them a secure future in shipbuilding and in many other industries.
Oxy-propane torches are usually used for cutting up scrap for reasons of economy, as LPG is far cheaper joule-for-joule than acetylene, although propane does not produce acetylene's very neat cut profile. Propane also finds a place in production, for cutting very large sections
Dari Laman Web: http://www.efunda.com/processes/metal_processing/welding.cfm
Introduction



Welding is the process of permanently joining two or more metal parts, by melting both materials. The molten materials quickly cool, and the two metals are permanently bonded. Spot welding and seam welding are two very popular methods used for sheet metal parts.
Spot welding is primarily used for joining parts that normally upto 3 mm (0.125 in) thickness.
Spot-weld diameters range from 3 mm to 12.5 mm (0.125 to 0.5 in) in diameter.

Top of Page


Materials



• Low carbon steel is most suitable for spot welding. Higher carbon content or alloy steels tend to form hard welds that are brittle and could crack. This tendency can be reduced by tempering.
• Austenitic Stainless steels in the 300 series can be spot welded as also the Ferritic stainless steels. Martensitic stainless steels are not suitable since they are very hard.
• Aluminums can be welded using high power and very clean oxide free surfaces. Cleaning the surface to be oxide-free, adds extra costs (that can be avoided with low carbon steel).
• Dissimilar materials cannot be spot welded due to different melt properties and thermal conductivities. Plated steel welding takes on the characteristics of the coating. Nickel and chrome plated steels are relatively easy to spot weld, whereas aluminum, tin and zinc need special preparation inherent to the coating metals.


Top of Page


Manufacturing Considerations



• Thickness of the parts to be welded should be equal or the ratio of thicknesses should be less than 3:1.
• Spacing of welds
- Min. Weld to weld spacing = 10 x Stock thickness.

- Center of weld to edge distance = 2 x weld diameter, minimum.
- Weld to form distance = Bend Radius + 1 weld diameter, minimum.

• Adequate access for spot welding should be considered. Small flanges in U channels for example may restrict the electrode from entering the part.
• Flat surfaces are easier to spot weld due to easy access. Multiple bends impose access restrictions, and special fixtures may have to be designed to handle the parts, if access is not a problem.
• Prior to finishing, the spot welds have to be sanded or ground to blend the welds with the rest of the surface.
• It is best to choose the same spot weld size, to minimize setups and increase throughput.
• Plating of spot welded assemblies can cause problems when the sheet metal is overlapped. This can cause plating salts to be trapped-requiring special cleaning, or potential long-term corrosion problems. By carefully designing the assembly to allow easy draining of plating solutions this can be avoided.


• The mating parts can be self-jigged for easy location prior to welding. This can be done by lancing one part and locating in a corresponding slot in the other part; or by boss type extrusion, weld buttons, in part locating to a slot in the other. This type of design can often eliminate the need for external fixtures.


by: Ismail Wasi Ahmad Shafawi
untuk kerja kursus Kemahiran Hidup